Tuesday, March 16, 2010

Nilai Duit Syiling..

Nilai pertukaran pasaran duit syiling berasas daripada nilai sejarah, dan/atau nilai intrinsik bahan-bahan logamnya (umpamanya, emas atau perak). Bagaimanapun, pada zaman yang moden, kebanyakan duit syiling dibuat daripada logam asas dan nilainya terdiri daripada tarafnya sebagai wang fiat. Ini bermakna bahawa nilai duit syiling diputuskan oleh perintah kerajaan dan bukannya daripada persetujuan orang ramai. Oleh sebab itu, duit syiling lebih merupai token dengan erti kata yang sebenarnya berbanding duit syiling yang benar.
Bagi membezakan duit syiling daripada token yang digunakan sebagai wang, cendikiawan wang telah mentakrifkan tiga kriteria untuk menentukan sebiji objek sebagai "duit syiling yang benar":
1. Ia harus dibuat daripada bahan-bahan yang bernilai dan didagang pada harga yang berdekatan nilai pasaran bahan-bahan tersebut.
2. Ia harus mempunyai berat dan ketulenan yang piawai.
3. Ia harus ditandai unuk mengenalpastikan pihak yang menjamin kandungannya.
Menurut takrif ini, penciptaan dan penggunaan duit syiling yang pertama diketahui datangnya daripada Kemaharajaan Lydia pada lingkungan 643-630 S.M. Di bawah pemerintahan tiga keturunan maharaja Lydia, wang Lydia semakin berubah daripada bentuk ketulan elektrum (sejenis aloi semula jadi yang terdiri daripada emas dan perak) kepada duit syiling yang mempunyai berat dan ketulenan yang terjamin, serta ditandi dengan mohor Maharaja. Duit syiling yang benar juga diperkembangkan pada zaman yang amat berhampiran di India serta China.
Sejarah duit syiling adalah panjang dan menarik. Umpamanya, pada tahun 1979 dan 1980, suatu pasukan seni bina China yang mengekskavasi di kawasan berdekatan kemaharajaan Loulan menemui alatan batu dan duit syiling Mesolitik (sila lihat Loulan: Ekspedisi China Moden).

No comments:

Post a Comment