Tuesday, March 16, 2010

Syiling British-Malaya..


Duit syiling british-malaya adalah koleksi saya yang paling penting dalam setiap koleksi lain. Duit ini juga merupakan tinggalan prasejarah pada zaman pemerintahan British di Malaya. Ia digunakan sebagai barang tukaran selain daripada menggunakan sistem barter. Banyak koleksi telah saya kumpul dan hanya dapat dipastikan cuma Syiling Straits Settlement tahun 1926, Commissioners Of Currency Malaya tahun 1943 dan Malaya And British Borneo tahun 1980 sahaja yang dapat saya miliki.

Duit Syiling British-Malaya ini telah digunakan oleh orang-orang melayu pada zaman dahulu sebagai kegunaan harian yang bernilai untuk mendapatkan barang keperluan. Duit zaman dahulu dan zaman sekarang adalah amat berbeza dari segi nilai mata wangnya. Jika zaman sekarang Rm1.00 digunakan membeli coklat tetapi di zaman dahulu hanya 1 cent digunakan untuk membeli coklat. Perbezaannya amat ketara jika hendak dibandingkan nilai mata wang sekarang dan dahulu. Dibawah ini menunjukkan koleksi syiling British-Malaya yang saya perolehi:

No comments:

Post a Comment